





MAKLUMAN: PROGRAM DILEA TUISYEN RAKYAT BULAN APRIL 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mohon perhatian semua petugas NADI untuk menyampaikan maklumat berikut kepada semua pelajar.
Berikut adalah maklumat terkini mengenai program DILEA Tuisyen Rakyat bagi Guidance Tuition, Open Tuition, Video on Demand (VOD) – Revision Video, dan English Proficiency yang akan dijalankan sepanjang bulan April 2026.
1. Sesi Guidance Tuition
Sesi kelas bagi Tingkatan 4 dan 5 akan berjalan mengikut ketetapan berikut:
Tingkatan 4: Sesi kelas dijalankan pada hari Ahad – Jumaat mengikut zon yang ditetapkan.
Tingkatan 5: Sesi kelas dijalankan pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad mengikut zon yang ditetapkan.
2. Sesi Open Tuition
Open Tuition diteruskan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 6 dengan sesi pagi pada 9.15 pagi hingga 10.15 pagi ( untuk tingkatan 1 & 2 sahaja) dan sesi petang pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang ( untuk tingkatan 1-6) mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3. Video on Demand (VOD) – Revision Video
Rakaman penuh bagi sesi Guidance Tuition, Open Tuition, dan Webinar Pembelajaran juga diteruskan mengikut jadual yang disediakan. Rakaman video pembelajaran boleh ditonton pada tarikh yang ditetapkan mengikut jadual.
4. English Proficiency
Program ini diteruskan bagi bulan April 2026. Pelajar dikehendaki melengkapkan Lesson 28 hingga Lesson 29 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini terbuka untuk peserta Tingkatan 4 dan 5 dari Guidance Tuition sahaja.
Setiap jadual kelas tertakluk kepada perubahan semasa dan sekiranya ada, akan dimaklumkan kembali.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui saluran berikut:
Telegram (ALL NADI DILEA): https://t.me/+pqrz-x8nfbplYmU1
WhatsApp (NADI Support DILEA): http://linktr.ee/dilea.support
Kerjasama dan keprihatinan anda dalam memastikan penyampaian maklumat ini kepada peserta amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
—
SSO Perkhidmatan Pintar NADI
DILEA Tuisyen Rakyat
