mcmc
Aktiviti SemasaMaklumat AmMaklumat KomunitiPendidikan

NADI X KIDVENTURE :PENYERTAAN DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 6)

Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah pun membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 6.

Pengenalan :

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun). Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan Perancangan Perniagaan, Pengoperasian Syarikat, Perancangan Kewangan Perniagaan dan Pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Syarat-syarat Penyertaan :

1.Warganegara Malaysia

2.Berusia 7 – 17 tahun

3.Kanak-kanak Lelaki & Perempuan

4.Berdaftar sebagai Ahli NADI

5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan

6.Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga