mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Bulan April 2025 : NADI Shield | Scam 3 Serangkai CALL, SMS, TAC


Tarikh
: 19/04/2025
Masa: 10 pagi – 11 Pagi
Lokasi: NADI Kg Sungai Leman
Peserta: 6 Orang 
Tujuan 

Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai mengenai ancaman penipuan siber yang melibatkan panggilan telefon (CALL), mesej palsu (SMS), dan penyalahgunaan kod TAC. Ia juga bertujuan untuk membimbing peserta dengan langkah pencegahan yang berkesan serta memberi pengetahuan tentang cara melindungi maklumat peribadi dan kewangan daripada disalah guna oleh penjenayah siber.
Aktiviti

Sesi taklimat oleh pakar keselamatan siber, simulasi penipuan sebenar, perkongsian kisah mangsa, sesi soal jawab interaktif, dan pemberian panduan serta tips keselamatan digital untuk melindungi diri daripada scam.