Bantut adalah salah satu isu kesihatan utama kanak-kanak di Malaysia. Dianggarkan 1 daripada 5 kanak-kanak di negara ini mengalami masalah bantut. Jika tidak ditangani, bantut boleh membawa kepada kesan negatif jangka panjang perkembangan awal anak-anak secara keseluruhan termasuklah dari segi kesihatan fizikal, mental dan perkembangan otak.
Apakah punca utama bantut, tanda-tanda awal untuk mengenal pasti masalah ini, dan langkah awal yang perlu diambil untuk mencegah kesan jangka panjangnya?