mcmc
Maklumat Am

Amaran Scam | Awasi Akaun Anda

Sentiasa Awasi Akaun Anda.

Jangan sekali-kali menyerahkan, menyewa/menjual, atau berkongsi kad/akaun bank anda kepada pihak ketiga untuk sebarang transaksi.

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa sindiket akaun keldai.

Anda boleh didakwa! Ingat, ganjaran yang diterima tidak setimpal dengan hukuman yang mungkin anda hadapi.

Ingatlah bahawa Akaun Bank Anda Adalah Tanggungjawab Anda sepenuhnya.

Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am – 8pm) dan buat laporan polis.

Sumber : Facebook Amaran Scam