Webinar NADI x Cybersecurity

Aktiviti Semasa | 2 May 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jemputan untuk menyertai Webinar NADI x Cybersecurity bertarikh 7 MEI 2026 yang bertajuk Bagaimana Akaun Bank Anda Boleh Dicuri Tanpa Sedar. Butiran lanjut adalah seperti dibawah:

Tarikh7 MEI 2026
MasaKhamis, 3:00 petang – 4:30 petang
PlatformZoom
Pautan Penyertaancybersecurity.nadi.my

Bagaimana Akaun Bank Anda Boleh Dicuri Tanpa Sedar :

Webinar ini akan membongkar kaedah scammer mencuri akses akaun bank melalui teknik seperti phishing, aplikasi palsu, pautan berbahaya, panggilan menyamar, serta manipulasi psikologi yang sering digunakan untuk memperdaya mangsa. Peserta juga akan didedahkan dengan langkah pencegahan dan amalan keselamatan digital yang mudah tetapi sangat penting untuk melindungi diri, keluarga dan kewangan anda.  

Syarat Penyertaan:

  • Berdaftar sebagai Ahli NADI