mcmc
Maklumat Am

Public Awareness : NOTIS PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL FASA KEDUA

Pelanggan yang dihormati,

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Kedua secara tunai dilaksanakan bermula pada 14 Mei 2020 hingga 31 Disember 2020.

Rujuk perkara di bawah untuk maklumat lanjut:

1. Bayaran secara tunai kepada penerima:

– Tiada akaun bank

– Bayaran BPN gagal dikredit ke akaun penerima

2. Anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan masing-masing secara atas talian terlebih dahulu melalui laman berikut:

– Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia – http://www.hasil.gov.my/

– Bantuan Sara Hidup (BSH) – https://bsh.hasil.gov.my/

– Kementerian Kewangan Malaysia – https://www.treasury.gov.my/

3. Penerima perlu membawa kad pengenalan ketika menerima bayaran tunai di Cawangan BSN.

4. Pihak BSN ingin menegaskan agar setiap pelanggan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 1 meter dan memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di premis Cawangan BSN.

5. Sila klik https://bit.ly/BSN-BPN untuk soalan lazim (FAQ) mengenai pembayaran BPN.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.

Terima kasih.

13 Mei 2020

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah