Tidak mengira lokasi, jarak atau keadaan, NADI terus memberi impak bermakna kepada komuniti termasuk di kawasan terpencil seperti Pulau Banggi, Sabah, pulau paling terpencil di Malaysia. Inisiatif ini membuka ruang kepada komuniti setempat untuk menikmati akses internet serta peluang pembangunan yang lebih inklusif.
Pengiktirafan terhadap usaha dan kejayaan Projek Inklusif Digital NADI di World Summit on the Information Society (WSIS) 2025 di Geneva, Switzerland mencerminkan komitmen berterusan NADI untuk memastikan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira lokasi, dapat bersama-sama menikmati kemajuan ke arah masyarakat yang lebih berhubung, bermaklumat dan inklusif.
#NADIMCMC #PerkhidmatanPintarNADI
https://www.facebook.com/officialnadimalaysia/videos/3533827973421665