mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Bulan Jun 2025 : LMS Esukan Pensijilan

Tarikh: 01/06/2025
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi: NADI Kg Sungai Leman
Peserta: 5 Orang 
Tujuan Kelas kesedaran eSukan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang scammer dan perangkap dalam dunia permainan digital. Selain itu, kelas ini juga membina kesedaran tentang kepentingan mewujudkan budaya komuniti yang selamat dan sihat dalam dunia eSukan.
Aktiviti
1. Peserta menonton video kesedaran dalam portal LMS eSukan yang memfokuskan kepada langkah-langkah melindungi diri dan akaun permainan dalam talian.

2. Peserta menonton video kesedaran melalui portal LMS eSukan tentang cara membina komuniti eSukan yang sihat dan inklusif, serta mengenal pasti tingkah laku toksik dan kaedah menanganinya.