

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa LIVE CLASS BIMBINGAN bagi bulan Julai 2025 masih dikekalkan satu sesi sahaja, seperti yang telah dilaksanakan pada bulan Jun 2025.
Untuk makluman, pada bulan Jun, sesi LIVE CLASS BIMBINGAN telah dijalankan dalam dua slot iaitu sesi pagi dan petang. Namun begitu, bagi bulan Julai ini, semua sesi LIVE CLASS BIMBINGAN akan dijalankan pada waktu petang sahaja. Perubahan ini dibuat bagi memberi ruang kepada peserta yang mempunyai komitmen lain pada sebelah pagi, terutamanya kelas tambahan di sekolah.
Bagi memastikan semua peserta dapat mengikuti LIVE CLASS BIMBINGAN dengan selesa dan tidak bertindih dengan komitmen sedia ada, jadual LIVE CLASS BIMBINGAN bulan Julai telah dikemaskini seperti berikut:
🔹 Tingkatan 5: Ditukar kepada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mengikut zon yang ditetapkan, berikutan kebanyakan peserta tidak dapat hadir pada hari biasa kerana menghadiri kelas tambahan di sekolah.
🔹 Tingkatan 4: Masih dijalankan seperti biasa pada hari Ahad hingga Jumaat mengikut zon.